Monday, July 22, 2013

Dosa Yang Lebih Besar Daripada Berzina dan Membunuh

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. 

Sekadar berkongsi sebuah kisah yang membuatkan ana terkaku seketika. Moga Allah sentiasa menetapkan iman kita untuk terus sujud dibumiNya..

Diceritakan :
Suatu hari, ada seorang wanita berupa paras dan tubuh badan yang sangat cantik tetapi berwajah sugul, muram dan berjalan longlai sambil menyeret kaki menuju ke rumah Nabi Musa a.s untuk bertemu baginda. Sesampainya di rumah Nabi Musa, wanita cantik tersebut merayu agar Nabi Allah, Musa membantunya untuk berdoa kepada Allah agar mengampunkan segala perbuatan keji dan dosa yang telah dilakukannya. 


Nabi Musa bertanyakan kesalahan apa yang telah dilakukannya. Dengan rasa takut dan ragu-ragu, wanita cantik itu berkata,



"Saya telah melakukan perkara paling hina dan dosa yang paling besar yakni melakukan penzinaan. Bukan setakat itu sahaja, daripada perzinaan itu, saya mengandung anak luar nikah dan telah melakukan pembunuhan terhadap bayi tersebut dengan mencekik lehernya setelah melahirkannya."



Nabi Musa a.s terkejut dan terlalu marah. Baginda mengherdik wanita itu “Nyah kau dari sini. Agar siksa Allah tidak jatuh ke rumahku. Pergi!!”. Bentak baginda, berang!. Wanita cantik tadi berlalu dengan hati yang terlalu sugul. Menjalar keinsafan di jiwanya. Terasa hinanya dirinya dan terlalu malu berhadapan dunia, kerana apabila seorang Nabi Allah lagikan jijik memandang dirinya yang penuh dosa itu, apakah mungkin masyarakat sekeliling sanggup menerimanya?. Hatinya rawan memikirkannya dan mengenangkan dosa hitam yang tercatat dalam hidupnya. 

Sepeninggalan wanita tersebut, Malaikat Jibrail telah diutuskan Allah mengadap Nabi Musa dan berdialog dengan Nabi Musa.



Jibrail        : Mengapakah kamu menolak seorang wanita yang hendak bertaubat kerana insaf serta sedar dengan dosa silamnya?
Nabi Musa   : Kerana dia telah melakukan dosa yang paling besar yakni BERZINA DAN MEMBUNUH.
Jibrail        : Tahukan kau bahawa ada lagi dosa yang lebih besar daripada berzina dan membunuh dan lebih dilaknat Allah?
Nabi Musa     : Adakah dosa yang lebih besar daripada yang dilakukan oleh wanita nista itu?
Jibrail           : Ya, Ada.
Nabi Musa     : Dosa apakah itu?
Jibrail      : ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA DAN "TANPA MENYESAL", ORANG ITU DOSANYA LEBIH BESAR DARIPADA SERIBU KALI BERZINA.

Mendengarkan itu Nabi Allah, Musa a.s segera memanggil wanita itu dan memohonkan kepadanya pengampunan dari Allah. Ketahuilah baginda bahawa orang yang berzina atau membunuh, dosanya satu dan terhapus satu amalan pahalanya, apabila orang itu benar-benar bertaubat dengan taubatan nasuha dan tidak lagi mengulangi perbuatan kejinya, maka pintu pengampunan terbuka luas untuknya. 



“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan”  
(An-Nisa : 103).

Bersabda Nabi SAW : “ Sesungguhnya antara (pembatas) seorang lelaki itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat” 
(hadith sahih riwayat Muslim, Abu Daud, Nasaie).





P/s : Salam 12 Ramadhan. 

No comments:

Post a Comment