Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Salam 19 Ramadhan. Terasa terlalu cepat Ramadhan berlalu meninggalkan kita. Sedang kita masih cuba mengejar dan merebut takhta keampunan yang berada di dalamnya. Semoga kita berjaya mengutip keberkatan di sepanjang perjalanan menuju garisan penamatnya. Andai kita baru berada di garis mula, moga kita memecut meninggalkan si mazmumah dan si nafsu jauh di belakang kita. Walau tidak berjaya menjadi juara, kita sekurang-kurangnya berjaya bergelar pelumba.
Syukur Ya Allah kerana Kau masih meminjamkan denyut nadi Mu untukku. Fasa kedua hampir berakhir, namun berjayakah kita meraih kempunannya di dalam Ramadhan kali ini? Berkesempatankah kita untuk merasai Ramadhan akan datang? Atau mungkinkah ini pusingan Ramadhan terakhir kita?

Allah. Allah. Allah.
Allah, hanya pada Mu ku sandarkan pengharapan dan sandaran agar diri ini bisa memperbaiki diri di bulan yang mulia ini untuk ana bawa pulang sekurang-kurangnya PINGAT GANGSA PENGAMPUNAN..
Tingkatkan AMALAN menjelang Ramadhan ini..
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
P/s : Amalan bersahur ialah salah satu amalan yang dituntut sepanjang Ramadhan selain ibadah-ibadah lain.