Sunday, July 28, 2013

Pingat Gangsa Pengampunan

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. 


Salam 19 Ramadhan. Terasa terlalu cepat Ramadhan berlalu meninggalkan kita. Sedang kita masih cuba mengejar dan merebut takhta keampunan yang berada di dalamnya. Semoga kita berjaya mengutip keberkatan di sepanjang perjalanan menuju garisan penamatnya. Andai kita baru berada di garis mula, moga kita memecut meninggalkan si mazmumah dan si nafsu jauh di belakang kita. Walau tidak berjaya menjadi juara, kita sekurang-kurangnya berjaya bergelar pelumba.

Syukur Ya Allah kerana Kau masih meminjamkan denyut nadi Mu untukku. Fasa kedua hampir berakhir, namun berjayakah kita meraih kempunannya di dalam Ramadhan kali ini? Berkesempatankah kita untuk merasai Ramadhan akan datang? Atau mungkinkah ini pusingan Ramadhan terakhir kita?


Allah. Allah. Allah.

Allah, hanya pada Mu ku sandarkan pengharapan dan sandaran agar diri ini bisa memperbaiki diri di bulan yang mulia ini untuk ana bawa pulang sekurang-kurangnya PINGAT GANGSA PENGAMPUNAN..





Tingkatkan AMALAN menjelang Ramadhan ini..

Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.




P/s : Amalan bersahur ialah salah satu amalan yang dituntut sepanjang Ramadhan selain ibadah-ibadah lain.

Saturday, July 27, 2013

Harga Sehelai Tudung Labuh

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. 

Sesuai dengan gelaran seorang mahasiswi universiti, segala rutin perlu disusun sendiri. Termasuk rutin yang kadang-kadang diuruskan insan bernama 'ummi', kini semuanya dalam aturan sendiri. Malah segalanya seakan sudah sebati dalam diri. Petang tadi, usai melipat semua baju-baju, tangan ligat menyusunnya untuk dimuatkan ke dalam almari.

Tiba-tiba hati ini sayu tatkala melihat lipatan-lipatan tudung itu yang sudah seakan bertambah kuantitinya. Baru tersedar yang tempoh penghijrahanku sudah menjangkau lebih setahun. Terlalu baru. Tapi ana sedar, hidayah Dia tak datang selalu.. Allah. Terima kasih kerana memilih diriku.

Rasa damai dan tenang tatkala tudung itu disarungkan. Menutup mahkota termahal seorang muslimah. Ya. Walau ana wanita biasa, yang hina lagi tidak sempurna, tetapi diri ini terlalu berhajat menjadi wanita solehah penghuni syurga. :') Allah. Indahnya syurgaMu.. Berikanlah diri yang hina ini walau sekecil ruang di sana. 

Waktu mula-mula hati terdetik menjadi salah seorang pemakai tudung itu, hati masih ragu-ragu. Dalam masa yang sama hati tetap kuat untuk melabuhkan tudung yang sedia ada. Mujur stoking dan handsock itu sudah menjadi rutinku sejak sekolah lagi. Jadi jalan ini tidaklah sesukar yang disangka. Ayat-ayat Allah turut ini menjadikan diri semakin tekad. Bukankah menutup aurat itu tuntutanNya?

يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن 


Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” 
(Al-Ahzab 33:59)

وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” 
(An-Nur 24:31)


Ana percaya itu kekuatan dariNya. Hati juga sudah lama meronta-ronta untuk berada dalam ketenangan seorang sahabat yang setiap hari seakan-akan memanggil diri ini untuk turut berada dalam ketenangan yang dilaluinya. Jannah namanya. Sesuai dengan perwatakan sederhana, lemah lembut dan tenang yang lahir dari raut wajahnya.

Mungkin jalan yang dipilihnya menjadikannya sentiasa dalam peluk kasih yang Esa.

"Allah, ana juga mahu jadi sepertinya. Bimbing diri ini Ya Rabb.."

Tekadku semakin dikuatkan. Alhamdulillah. Sahabatku turut memberikan sokongan. Bila Allah menghulurkan hidayah, wajarlah selayaknya kita sebagai hamba untuk menyambutnya. 

Permulaan dengan 5 helai tudung yang dibeli secara online atas bantuan ibu saudaraku, kini kuantitinya semakin bertambah. Duit lebihan perbelanjaan yang diterima dari ayah dan ummi, termasuk sedikit biasiswa, selepas ditolak perbelanjaan yuran, buku-buku, ana gunakan untuk membeli tudung-tudung yang berbidang 60'. InsyaAllah. Moga ganjarannya milik penyumbang biasiswa dan terutamanya buat ummi dan ayah.

Syukur. Hingga kini tudung-tudung itu menjadi sebahagian dariku. Sehinggakan bila mana diri ini keluar dari rumah, ana berasa janggal untuk memakai tudung yang tidak menutup dada. Biarlah apa pandangan dia dan mereka. Atau panggilan dari mereka dan mereka. Ketinggalan zaman? Ustazah? Biarkan. Mudah-mudahan gelaran ustazah itu yang akan memperbaiki diri ini dari sehari ke sehari.

Tajdid niat. Moga perubahan ini hanya keranaNya. 


Hadiah seorang sahabat :')

"Beringatlah wahai diri. Walau sejauh mana dirimu berubah, teruslah tundukkan hatimu keranaNya. Sujudlah kepadaNya. Doakan mereka yang belum dikurniakan hidayah itu juga mendapat hidayah yang sama.."


"Sememangnya ada harga yang perlu dibayar untuk memiliki sehelai tudung,
namun, ketahuilah bahawa bayaran di akhirat itu lebih indah kerana ia adalah
HADIAH TERMAHAL DARI YANG MAHA KUASA"

-MUJAHIDAH SOLEHAH-


Wallahualam.

Tuesday, July 23, 2013

Allah Tahu Apa Yang Terbaik Buat HambaNya

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. 

Perkongsian ini diberikan oleh seorang sahabat. Katanya dia suka akan nasihat ini.  Jazakallah ya sohibati.



 Bayangkan.
 Kita ada anak kecil.
 Umur 3 tahun.
 Satu hari.
 Kita tengah masak di dapur.
 Si anak ternampak pisau.
 Merengek-rengek dia menangis.
 Nakkan pisau jadi mainan.
 Agak-agak kita bagi?
 Tentu lah tidak, kan.
 Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
 Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
 Walaupun di mata anak.
 Pisau itu 'menyeronokkan'
 Tapi kita lebih tahu.
 Ia merbahaya untuk anak kita.
 Kita lebih tahu.
 Anak tidak tahu.

 Begitu juga.
 Kita dengan Allah.
 Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
 Tetapi Allah tidak izinkan.
 Adakah Allah tidak sayangkan kita?
 Bahkan, kerana sayanglah.
 Kemahuan kita tidak diturutkan.
 Malah diganti dengan yang lebih baik.
 Kerana apa yang kita mahukan itu.
 Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
 Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
 Allah lebih tahu.
 Kita tidak tahu.

 Dan.
 Kasih sayang Allah kepada kita.
 Jauh lebih besar.
 Dari kasih sayang ibu atau ayah, kepada anaknya.


Syukran sahabat. Sungguh, nasihat ini sampai jauh ke sudut hati. Alhamdulillah. :')

Monday, July 22, 2013

Dosa Yang Lebih Besar Daripada Berzina dan Membunuh

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. 

Sekadar berkongsi sebuah kisah yang membuatkan ana terkaku seketika. Moga Allah sentiasa menetapkan iman kita untuk terus sujud dibumiNya..

Diceritakan :
Suatu hari, ada seorang wanita berupa paras dan tubuh badan yang sangat cantik tetapi berwajah sugul, muram dan berjalan longlai sambil menyeret kaki menuju ke rumah Nabi Musa a.s untuk bertemu baginda. Sesampainya di rumah Nabi Musa, wanita cantik tersebut merayu agar Nabi Allah, Musa membantunya untuk berdoa kepada Allah agar mengampunkan segala perbuatan keji dan dosa yang telah dilakukannya. 


Nabi Musa bertanyakan kesalahan apa yang telah dilakukannya. Dengan rasa takut dan ragu-ragu, wanita cantik itu berkata,



"Saya telah melakukan perkara paling hina dan dosa yang paling besar yakni melakukan penzinaan. Bukan setakat itu sahaja, daripada perzinaan itu, saya mengandung anak luar nikah dan telah melakukan pembunuhan terhadap bayi tersebut dengan mencekik lehernya setelah melahirkannya."



Nabi Musa a.s terkejut dan terlalu marah. Baginda mengherdik wanita itu “Nyah kau dari sini. Agar siksa Allah tidak jatuh ke rumahku. Pergi!!”. Bentak baginda, berang!. Wanita cantik tadi berlalu dengan hati yang terlalu sugul. Menjalar keinsafan di jiwanya. Terasa hinanya dirinya dan terlalu malu berhadapan dunia, kerana apabila seorang Nabi Allah lagikan jijik memandang dirinya yang penuh dosa itu, apakah mungkin masyarakat sekeliling sanggup menerimanya?. Hatinya rawan memikirkannya dan mengenangkan dosa hitam yang tercatat dalam hidupnya. 

Sepeninggalan wanita tersebut, Malaikat Jibrail telah diutuskan Allah mengadap Nabi Musa dan berdialog dengan Nabi Musa.



Jibrail        : Mengapakah kamu menolak seorang wanita yang hendak bertaubat kerana insaf serta sedar dengan dosa silamnya?
Nabi Musa   : Kerana dia telah melakukan dosa yang paling besar yakni BERZINA DAN MEMBUNUH.
Jibrail        : Tahukan kau bahawa ada lagi dosa yang lebih besar daripada berzina dan membunuh dan lebih dilaknat Allah?
Nabi Musa     : Adakah dosa yang lebih besar daripada yang dilakukan oleh wanita nista itu?
Jibrail           : Ya, Ada.
Nabi Musa     : Dosa apakah itu?
Jibrail      : ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA DAN "TANPA MENYESAL", ORANG ITU DOSANYA LEBIH BESAR DARIPADA SERIBU KALI BERZINA.

Mendengarkan itu Nabi Allah, Musa a.s segera memanggil wanita itu dan memohonkan kepadanya pengampunan dari Allah. Ketahuilah baginda bahawa orang yang berzina atau membunuh, dosanya satu dan terhapus satu amalan pahalanya, apabila orang itu benar-benar bertaubat dengan taubatan nasuha dan tidak lagi mengulangi perbuatan kejinya, maka pintu pengampunan terbuka luas untuknya. 



“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan”  
(An-Nisa : 103).

Bersabda Nabi SAW : “ Sesungguhnya antara (pembatas) seorang lelaki itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat” 
(hadith sahih riwayat Muslim, Abu Daud, Nasaie).





P/s : Salam 12 Ramadhan. 

Tuesday, June 18, 2013

Jalan Ke Neraka :(

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.



Ibrah daripada peristiwa Isra' dan Mikraj,


DI NERAKA :

Rasulullah SAW mendapati golongan wanita paling ramai dimasukkan ke dalam NERAKA kerana tidak menjaga amanah Allah SWT iaitu aurat dan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan suaminya. Golongan wanita paling mudah untuk memasuki syurga tetapi ramai memilih jalan untuk ke neraka.



DI SYURGA : 


Rasulullah SAW mendapati di dalam SYURGA kebanyakan terdiri daripada orang miskin yang mempunyai sifat tawadduk yang tinggi. Kekayaan berpotensi menjauhkan manusia dari sifat tawadduk. 


- Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani -





P/s : Semoga pengakhiran kita adalah sebaik-baik pengakhiran. Allahumma amin. 

Wednesday, June 12, 2013

Mulia atau Hina?

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. 




" Jatuh cinta itu FITRAH
Ingin bercinta itu FITRAH... 
Ingin dicintai itu FITRAH...

Jika fitrah itu dibawa dengan aliran yang betul, ia MULIA...
Jika dialir dengan aliran yang salah, ia HINA..."

Ustaz Azhar Idrus 

Monday, May 13, 2013

Kita Yang TERPILIH..


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.



إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا


Nak tahu kenapa ana mulakan entry kali ni dengan ayat dari kalam suci Al Quran ni?

Sebenarnya ayat inilah yang menjadi pegangan ana sampai saat ini. Pelbagai peristiwa yang berlaku disekeliling menyebabkan kadang-kala diri ni menyalahkan takdir. MasyaAllah. Betapa kerdilnya hamba yang hina ini. 


"SESUNGGUHNYA DI SEBALIK KESULITAN ITU ADA KEMUDAHAN"


Subhanallah..

Besar sungguh makna yang terungkap disebalik Surah Al-Insyirah ni. Telah Allah sendiri nyatakan sebenarnya di sebalik musibah, ujian mahu pun setiap kesukaran yang melanda itu terdapat kemudahan di dalamnya. Cuma sedikit sekali manusia yang ingin berfikir.

Termasuk ana.

Pantang sekali peristiwa yang meragut kesabaran hadir, pasti cepat sahaja menyalahkan takdir.

KENAPA MESTI AKU?

Persoalan yang kerap kali kita fikirkan.

Sebenarnya siapa yang kita ingin persalahkan?

Penyusun takdir?

Penentu qada' dan qadar?

Bukankah itu semua ketentuan Allah?

MasyaAllah...berdosanya diri.


KERANA KESUSAHAN ITULAH DIRI INI BELAJAR NIKMAT KEMUDAHAN.

KERANA KESUSAHANLAH DIA SENTIASA MEMPERHAMBA DAN MENGADU SEMUA PADA TUHAN.


Terjaminkah ingatan kita sentiasa padaNya jika sekiranya ujian itu bukan untuk kita? Fikirkan.

Jadi, bukahkah beruntung apabila kesusahan itu milik kita?

Kerna hanya  "KITA YANG TERPILIH".

Nampakkan? terbukti kesusahan itu tanda sayangNya...


"Ya Allah Ya Rabb, ampunkan aku kerna menjadi hambaMu yang tidak bersyukur. Kau tumbuhkanlah keredaan dalam hatiku atas setiap yang telah Kau tuliskan untukku. Pimpinlah aku ke jalan yang Kau reda."


Amiin.




P/s : Syukran kepada sahabat kerana menyedarkan betapa besar makna disebalik ayat ini. Tabarakallah.